Ibu kata nama Zinnirah ibu pilih lepas baca kisah seorang gadis cantik bangsa Rom beragama Islam yang buta masa zaman Rasulullah saw.
Saya rasa nama itu sedap tapi pendek, macam nama ibu. Ada satu nama sahaja. Nama adik-beradik lain ada dua tapi saya sahaja ada satu nama.
Ini kisah Zinnirah yang saya jumpa di internet. Saya nak jadi seperti dia.
*
Zinnirah, begitulah indah namanya, mungkin tidak ramai yg tahu kisah ketabahan & keagungan cintanya kpd Allah swt. Dia tidak punya ijazah, tidak terkenal di dunia, tidak mempunyai harta apalagi memiliki pangkat yg besar. Namun, Allah swt memuliakan dan memberi penghormatan yg tinggi kepadanya. Dunia dan segala isinya bukan lagi matlamat. Sekalipun dilonggokkan emas sebesar Bukit Uhud, dia tidak akan menukar aqidah yg telah bertunjang di hatinya.
Menurut riwayat Sslam, Zinnirah adalah di antara org yg awal memeluk Islam. Zaman awal Islam penuh cubaan. Sesiapa yg memeluk Islam, tidak seorang pun bebas drpd pelbagai penderitaan, kecaman, kata nista dan penindasan. Zinnirah mengalami itu semua. Wanita berbangsa Rom ini telah ditawan dan dijual di Kota Makkah. Kemudian Umar al-Khattab membelinya dengan harga yg murah utk dijadikan hamba, seterusnya menjadi tawanan tuannya.
Mula-mula, Zinnirah cuba menyembunyikan pengislamannya daripada diketahui oleh Umar. Dia melakukan ibadah ketika org lain tiada di rumah atau pada waktu tengah malam ketika org lain sedang nyenyak tidur. Namun, lama kelamaan amalan solehahnya dapat dicium oleh musuh. Sudah tentu org yg paling marah ialah tuannya sendiri iaitu Umar. Siapakah yg tidak kenal dgn Umar al-Khattab yg terkenal dgn sikap kejam, bengis, ganas, garang, tidak berhati perut, tidak berperi kemanusiaan itu. Umar terus menampar Zinnirah, menendang, mengikat kedua belah kai tangan Zinnirah. Kemudian, dijemur di tgh panas mentari. Bayangkanlah antara seksaan yg dihadapinya. Sungguh panas padang pasir pada waktu siang dan terlalu sejuk pada waktu malam, badannya dihempap dgn batu besar dan 1001 macam penyeksaan yg diterimanya.
Dalam kesakitan, Zinnirah masih mampu menguntum senyuman. Hatinya tidak putus-putus mengucapkan " Allah, Allah, Allah, Allahu Akbar, Allah lah yg Maha Besar ". Dan hatinya berbisik, " Ini untuk-Mu wahai Tuhan, aku membeli kesusahan ini utk mendapat kesenangan di akhirat ". Begitulah ungkapan katanya yg menjadi penawar utknya. Kemuncak penyeksaan yg diterima oleh Zinnirah ialah matanya dicucuk dgn besi tajam dan akhirnya gelaplah seluruh pandangan. Hatinya masih mampu berbisik," Tuhan, walau aku dibunuh mati, aku lebih rela daripada menjual agama-Mu ini Tuhan. Semakin aku diuji, semakin terasa kehebatan dan keagungan-Mu Tuhan. Panahan cinta dari-Mu itulah makin menguatkan diri ini utk menerima apa sahaja. Cuma satu permintaanku, berilah petunjuk kepada org yg menyeksaku ini. Ternyata doa org teraniaya ini makbul.
Akhirnya Umar memeluk Islam setelah mendapat hidayah Allah swt melalui adiknya, Fatimah.Walaupun matanya buta utk melihat alam maya tapi hatinya tidak buta utk menerima cahaya kebenaran Islam. Pandangan hati boleh menembusi pandangan zahir. Apabila melihat keadaan Zinnirah, org-org Quraisy cuba mempermain-mainkannya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana menerima sumpahan dari Tuhan mereka iaitu, latta dan Uzza.
Zinnirah menolak penghinaan itu. Baginya kedua berhala itu tiada sedikitpun kena mengena dgn matanya. Dia cuba meyakinkan mereka bahawa masalah buta itu adalah dtg drpa Allah swt. Maka Allahlah yg berkuasa mengembalikan pancainderanya seperti biasa. Di antara sifat wanita yg solehah ini, dia sentiasa merasa Allah swt memerhatikan dirinya, setiap detik dan saat. Apabila nafsunya mengajak berbuat sesuatu perkara yg mungkar, segera pula hatinya bertindak balas dgn mengatakan Allah swt Maha Melihat. Nafsu yg mahu berbuat segera ditepis dgn katanya," wahai nafsu mengapa engkau tidak takut dgn neraka?".
Hati Zinnirah sentiasa terpimpin, begitu juga dgn akhlaknya. Hasilnya, hati dan jiwa merasa aman daripada kongkongan hawa nafsu. Kemerdekaan jiwa inilah yg diperolehi oleh Zinnirah, wanita yg tidak terkenal di dunia tetapi terkenal di langit. Semoga iman kita akan jad seteguhnya, INSYAALLAH.
Monday, December 22, 2008
Tuesday, December 9, 2008
HARI YANG PALING BOSAN
Semalam hari raya haji. Ibu saya kejut saya pukul tujuh pagi. Saya pakai baju raya berwarna oren yang opah ngah buatkan untuk ihtifal sekolah saya. Lepas tu saya makan nasi impit dan kuah lontong. Lepas makan ayah, abang dan adik pergi surau mutaqqun. Saya, ibu, nisaa' dan ali tinggal di rumah. Tak ada pergi mana-mana. Orang pun tak ada datang raya, sebab hujan je. Saya tolong ibu hantar lauk raya untuk jiran-jiran. Lepas tu tak ada buat apa-apa. Tolong buat susu dan main dengan nisaa' sahaja. Bosan sangat sebab ayah lupa nak ajak saya pergi surau tengok sembelih lembu.
Hari ini pula saya tak lalu nak makan. Saya pun tak tahu kenapa saya tak lalu nak makan. Hari dah malam saya tak lalu nak makan jugak. Selalunya saya suka makan. Saya kuat makan. Tapi sebenarnya saya nak makan pizza hut tapi saya tahu ibu tak mampu nak beli. Tadi ayah tanya nak makan apa saya tak nak jawab sebab saya tahu yang ayah mesti tak mampu.

Sunday, October 26, 2008
My hobby
Thursday, May 29, 2008
Saya masak
Saya suka masak. Kalau ada rancangan masak di televisyen, saya suka tonton. Saya seronok tengok orang masak, terutama bila masak lauk yang sedap dan kek. Bila ibu masak di dapur, saya suka tengok. Saya nak tolong tapi ibu tak bagi sebab ibu cakap ibu nak cepat. Kalau saya tolong, ibu kata nanti lambat. Ibu masak sangat cepat. Dapur pun takde sepah-sepah sebab ibu kemas.
Tapi semalam ibu izin saya tolong. Saya rasa gembira. Ibu suruh saya gaul ayam dengan lada hitam, garam, gula dan tepung. Kemudian saya masukkan ayam dalam periuk yang ada minyak panas. Ibu suruh potong kentang dan karot pula. Saya tengok ayam dah warna perang. Ibu masuk rempah tumis. Ada yang macam batang kayu, bunga kecil dan bintang. Pastu ibu taruk bawang besar, bawang putih dan halia. Ibu gaul semua-semua. Bau sangat sedap. Lepas tu baru ibu tuang air dalam periuk dan biar didih.
Lepas tu ibu ajar saya basuh beras untuk masak nasi. Saya basuh 3 kali. Kemudian saya ukur beras dengan jari untuk tau air cukup atau tidak.
Saya seronok dapat tolong ibu masak di dapur. Saya bagitau ayah yang saya sudah masak sup dan nasi. Ayah kata saya bagus. Masa waktu makan tengahari, abang dan adik saya cakap bau sup tu wangi dan sedap. Saya rasa sangat gembira.
Nanti saya nak belajar masak makanan kegemaran saya seperti nasi lemak, sambal, nasi ayam, masak asam pedas, tomyam, kuah lemak dan kek.

Tuesday, April 15, 2008
Sunday, March 30, 2008
Semasa Maulidur Rasul
Minggu lepas hari Jumaat sekolah saya buat sambutan Maulidur Rasul. Semasas di dewan, saya duduk diam saja macam tak ada kawan. Tiba-tiba kawan pun datang dengan gembira. Sambutan Maulidur Rasul pun bermula. Pergi solat Dhuha dan Sunat di Masjid.
Lepas itu kawan saya tanya, "Kenapa awak bawak hadiah?"
Saya pun menjawab, "Saya bawa hadiah kerana untuk Cikgu Fatimah."
Kawan pun tanya lagi sekali, "Kenapa awak bawak hadiah untuk Cikgu Fatimah?"
Saya menjawab, "Saya dah lupa ke yang birthday Cikgu Fatimah Hari Isnin?"
Kawan saya menjawab, "Oh! Saya dah lupa la Zinnirah."
Semasa pertandingan bernasyid saya gembira kerana sangat best. Saya mintak dengan cikgu mahu pergi minum air, cikgu kata boleh. Lepas tu, saya dan kawan pergi ke kantin untuk minum. Selepas itu, saya pun masuk semula ke dewan. Semasa pertandingan hafazan, Adam Hadi mendapat nombor 3. Selepas itu saya pergi ke surau untuk solat Zohor dan makan di kantin dengan kawan.
Kemudian, saya dan kawan pergi ke dewan untuk pertandingan bercerita pulak. Semasa mendengar cerita itu saya mahu terkencing dan saya mintak kebenaran dari cikgu hendak ke tandas. Cikgu kata boleh.
Saya pergi sekali lagi ke dewan untuk sambung dengar cerita. Tajuk cerita yang saya dengar ialah "Rasul di akhir hayat." Kawan saya mendapat tempat pertama. Dia ialah Hanna Afiqa. Selepas sambutan Maulidur Rasul, saya tunggu ayah datang jemput balik ke rumah.

Wednesday, March 26, 2008
Assalamualaikum
Nama saya Zinnirah bt Khairol Basri. Saya berumur 8 tahun. Saya bersekolah di Sekolah Rendah Islam Integrasi Masjid Darul Ehsan, Subang Jaya. Kawan baik saya ialah Haziqah bt Borsra. Dia bersekolah dengan saya.
Saya buka blog kerana saya mahir menulis cerita. Saya cepat menulis cerita dan saya selalu mendapat tempat pertama.
Sebenarnya saya tidak suka Inas, Humaira', Afiqah, Alya dan banyak lagi.
Saya ada 3 adik dan 1 abang. Abang saya bernama Muhammad Irfan bin Khairol Basri. Adik-adik saya bernama Nisaa' Az-Zahraa, Syabil Iman dan Ali Qa'id. Saya bercita-cita untuk menjadi doktor, jururawat dan doktor gigi. Hobi saya ialah menulis cerita, melukis dan mewarna. Pelajaran yang saya suka ialah Matematik, English, Bahasa Arab, Science, Feqah, Jawi, Akhlak dan Khat.
Selalunya di sekolah macam-macam yang terjadi seperti dibuli orang, cedera, menangis dan banyak lagi. Saya pun pernah dibuli. Yang buli ialah Muhd Mustapha dan Ammar.
Ok. Nanti saya menulis lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)